Tuesday, May 4, 2010

Jasin Jamboree....Seperti biasa.....





Jasin Jamboree...seperti biasa....

Keputusannya.... "ala kadar" je....Mie tempat ke 23, Sudin ke 25 (3 jam) dan Jaff ke 233 (4 jam) daripada 850++ riders. Bagi Mie dan Sudin sesuatu perlu dilakukan agar keputusan ala kadar ni bertukar menjadi kejayaan yang cemerlang . Kekejangan otot kaki ternyata telah menganggu rentak kayuhan kami sehingga terpaksa berputih mata apabila melihat satu persatu rider memotong dan memecut pada 15km terakhir kayuhan. Latihan kayuhan setiap minggu belum boleh menjamin "podium finish", perlu ada persiapan fizikal dan mental yang rapi...Sebungkus nasi lemak dan secangkir kopi tongkat Ali belum cukup....Sentuhan "sport science" perlu juga itupun mengikut jenis event yang disertai. Kayuhan XC, endurance dan perlumbaan menuntut persediaan yang berbeza-beza baik dari segi set-up basikal (hanya memberi advantage) hingga kepada rider yang sebenarnya yang menentukan samada menduduki podium atau sekadar tail ender..

Laporan Jamboree....

Tepat jam 8 pagi selepas bacaan doa rider-rider "dilepaskan", satu petanda yang baik buat penganjur. Tidak sampai 3km kayuhan selepas on-road berlaku sedikit "blunder" apabila peloton didepan gagal mengesan trail marker menyebabkan beratus-ratus rider tertipu. Selepas "sedikit pembetulan" masing-masing mula mengorak langkah kayuhan pemisah.

Dari CP1 ke CP2 adalah satu trail yang mendatar dengan sedikit climb (tak perlu shift gear pun) dan pantas. Bagi rider-rider yang tegar kesempatan memecut diambil sepenuhnya. Selepas water feeder ke 2, dah menanti triple climb. Disini lah yang membezakan antara climber dan sprinter. Pendek tapi pacak sudah cukup mengembirakan untuk si climber meratah setiap inci bukit sambil meninggalkan rider-rider lain "menyumpah dan merungut" menolak basikal.

Dari CP3, single trail flat, climb dan down hill memang cantik, yang dah penat, mengayuh la ala kadar je mengikut kudrat masing-masing. Melalui kawasan kampong, ladang kelapa sawit, reban kambing, kebun getah, loose crusher run,gravel tanah merah dan tarmac semacam satu adunan yang lengkap bagi menyedapkan kayuhan. Sesekali terhenti bila berhadapan dengan obstacle, bukan sebab tak rideable cuma rider mungkin yang beginner yang tak berani nak "redah". Ada section down hill yang lurus yang mampu mencapai top speed 50km/h++.

Dari CP4 dan hingga ke penamat, rider-rider yang masih "segar" seolah mendapat nafas baru melakukan henjutan meninggalkan jauh rider-rider yang "sakit" tapi masih bernafsu hendak menamatkan kayuhan. Di garisan penamat, kalungan medal sedia menanti tanda berjaya menamatkan misi dan visi. Secara keseluruhan 550++ riders berjaya menamatkan kayuhan dari 2 jam 30min hingga ke 6 jam dan 300++ riders lagi kecundang dalam perjuangan.

Thumps-up buat penganjur, sanggup menunggu hingga ke rider yang terakhir menamatkan kayuhan sebelum acara lucky draw diadakan...adil! Marshall ramai...air pun cukup...terima kasih daun keladi...next year jamboree pasti dinanti.