Tuesday, August 10, 2010


Epic 2010 cubaan kali kedua buat Jaff & Sudin. Keadaan trail yg basah, licin dan berlumpur pd CP1 dan CP2 cukup menyeksakan buat semua rider-rider yg menyertainya. Keadaan cuaca yg tidak menentu telah mematikan semangat kebanyakan rider. Aku cuma mampu sampai ke CP2 saja. Sudin berjaya menamatkan kesemua CP dengan susah payah...


Ternyata Epic kali in bukan la semudah yg disangka, season rider pun ramai yg mengeluh dan kecundang......cuba lagi di Epic 2011.

Tuesday, May 4, 2010

Jasin Jamboree....Seperti biasa.....





Jasin Jamboree...seperti biasa....

Keputusannya.... "ala kadar" je....Mie tempat ke 23, Sudin ke 25 (3 jam) dan Jaff ke 233 (4 jam) daripada 850++ riders. Bagi Mie dan Sudin sesuatu perlu dilakukan agar keputusan ala kadar ni bertukar menjadi kejayaan yang cemerlang . Kekejangan otot kaki ternyata telah menganggu rentak kayuhan kami sehingga terpaksa berputih mata apabila melihat satu persatu rider memotong dan memecut pada 15km terakhir kayuhan. Latihan kayuhan setiap minggu belum boleh menjamin "podium finish", perlu ada persiapan fizikal dan mental yang rapi...Sebungkus nasi lemak dan secangkir kopi tongkat Ali belum cukup....Sentuhan "sport science" perlu juga itupun mengikut jenis event yang disertai. Kayuhan XC, endurance dan perlumbaan menuntut persediaan yang berbeza-beza baik dari segi set-up basikal (hanya memberi advantage) hingga kepada rider yang sebenarnya yang menentukan samada menduduki podium atau sekadar tail ender..

Laporan Jamboree....

Tepat jam 8 pagi selepas bacaan doa rider-rider "dilepaskan", satu petanda yang baik buat penganjur. Tidak sampai 3km kayuhan selepas on-road berlaku sedikit "blunder" apabila peloton didepan gagal mengesan trail marker menyebabkan beratus-ratus rider tertipu. Selepas "sedikit pembetulan" masing-masing mula mengorak langkah kayuhan pemisah.

Dari CP1 ke CP2 adalah satu trail yang mendatar dengan sedikit climb (tak perlu shift gear pun) dan pantas. Bagi rider-rider yang tegar kesempatan memecut diambil sepenuhnya. Selepas water feeder ke 2, dah menanti triple climb. Disini lah yang membezakan antara climber dan sprinter. Pendek tapi pacak sudah cukup mengembirakan untuk si climber meratah setiap inci bukit sambil meninggalkan rider-rider lain "menyumpah dan merungut" menolak basikal.

Dari CP3, single trail flat, climb dan down hill memang cantik, yang dah penat, mengayuh la ala kadar je mengikut kudrat masing-masing. Melalui kawasan kampong, ladang kelapa sawit, reban kambing, kebun getah, loose crusher run,gravel tanah merah dan tarmac semacam satu adunan yang lengkap bagi menyedapkan kayuhan. Sesekali terhenti bila berhadapan dengan obstacle, bukan sebab tak rideable cuma rider mungkin yang beginner yang tak berani nak "redah". Ada section down hill yang lurus yang mampu mencapai top speed 50km/h++.

Dari CP4 dan hingga ke penamat, rider-rider yang masih "segar" seolah mendapat nafas baru melakukan henjutan meninggalkan jauh rider-rider yang "sakit" tapi masih bernafsu hendak menamatkan kayuhan. Di garisan penamat, kalungan medal sedia menanti tanda berjaya menamatkan misi dan visi. Secara keseluruhan 550++ riders berjaya menamatkan kayuhan dari 2 jam 30min hingga ke 6 jam dan 300++ riders lagi kecundang dalam perjuangan.

Thumps-up buat penganjur, sanggup menunggu hingga ke rider yang terakhir menamatkan kayuhan sebelum acara lucky draw diadakan...adil! Marshall ramai...air pun cukup...terima kasih daun keladi...next year jamboree pasti dinanti.

Tuesday, April 27, 2010

Final result Selangor MTB 2010 Challenge

RESULT TEAM CHALLENGE 30 KM (T)

3 T080 1.30.20 (KSR RIDER SEPANG) SHAMSUDIN ISMAIL, KAMARUL BAHRIM KAMARUDIN & MOHD ROSSAIMI


RESULTS OPEN CATEGORY 30 KM (A)

99 A151 2.07.13 JAFFRIL MOHD ISA


Monday, April 26, 2010

Selangor MTB 2010 Challenge - Impian Jadi Kenyataan




25hb April 2010....menaiki podium! Team Event...Perancangan awal telah direncanakan sebulan lebih awal..untuk itu seorang lagi rider perlu dicari bagi melaksanakan impian ini...aku?...kalau aku jadi 3rd rider tu...hancuss!!...tak fit & tak competitive. Akhirnya bro Kamarul menyahut cabaran. Sesi latihan di Bukit Jenderam dan Bukit Nangka + 3 bukit di sekitar Sg Mahang berjalan lancar.
Semasa perlumbaan strategi ringkas tapi berjalan lancar...melihat kepada team-team dan rider-rider yang dah ada nama rasanya tak tercapai nafas ini namun...akan kami buktikan! Alhamdulillah..3rd place team event untuk Team KSR Sepang (Singkatan nama Kamarul, Shamsudin & Rossaimi)...itu pun ada suara-suara sumbang tidak puas hati sayup-sayup kedengaran..."wooi team kampung mana ni...tak pernah dengar pun..."
Kepada penganjur...Edisi ke 2 ni ada perubahan tapi perlu penambahbaikan agar tiada umpat dan keji dikemudian hari. Celoteh emcee agak keterlaluan dan mengelirukan...kesian yang berlari semasa cabutan rupanya bukan dia kerana salah sebutan. Hadiah kemenangan pula tidak sepadan dengan titik peluh yang dikeluarkan walaupun bukan jadi ukuran....semuga jumpa lagi edisi ke 3 tahun hadapan....RIDE ONNN!!

Friday, March 12, 2010

Sepang Mountain Bikerz “playground”




27hb Februari 2010, Sabtu. Kayuhan kali ini bukan lagi tertumpu kepada off road climbing sahaja tetapi kombinasi road dan off road climbing. RV kali ini di Taman Tasik Sepang berhampiran dengan De Palma Inn. Sudin berkayuh dari rumah (lebih kurang 8km je...perpeluh gak). Keluar je dari RV terus mendaki road dan selepas tu laluan landai dengan sedikit menurun. Bacaan Cateye speedo menunjukkan anggaran 27 – 30km, sesekali jejak 35km. Mie telah pun membuat breakawaynya meninggalkan aku dan Sudin dan terus solo didepan dengan rentak kayuhan yang konsisten yang tak mampu aku ikut. Fungsi Sudin lebih kepada cuba mengekalkan rentak dan kelajuan kayuhan aku dan sesekali “cucuk” aku dari belakang.

Sampai di CP1 setelah 8km kayuhan road kami menyusuri off road climbing ke puncak Bukit 2 Pemancar yang telah botak. Jalan tanah merah yang lebar tetapi kesan terjahan tayar 4WD menyukarkan pendakian....rideable, pendek tapi pacak tetapi tidak lancar. Tiada siapa yang mampu mendaki terus ke first corner dengan sekali henjutan.

Dipuncak relaks sekejap sebelum sesi downhill yang agak panjang juga. Kalau full-sus ni memang sedap kerana ada section yang keras dengan batu kerikil. Hentakan dan lantunan tadi telah meninggalkan kesan kepada perut kami so di pekan kecil Jenderam yang sebelum ni menjadi RV kami menjadi CP2 pula untuk kami berehat dan mengalas perut. Anggaran 1 jam dan jarak 2km untuk sesi pertama off road climbing tadi.

Seterusnya kami meneruskan pula dengan 7km road, kelajuan diantara 25 – 30km, mungkin untuk menyimpan tenaga untuk sesi kedua off road climbing yang dah biasa tetapi masih belum dapat ditakluki sepenuhnya walaupun telah beberapa kali mencuba...inilah “playground” yang dimaksudkan.

Entrance nya selepas 50m dari trafik light dan sedikit tarmac disambut oleh pokok jambu yang tumbang dan melintang di permulaan trail. Expert rider biasanya punggungnya akan berada cuma beberapa mm je dari tayar belakang bagi melepasi halangan ini. Aku tak lepas la...beg Camelbak sangkut.

Seperti biasa Mie akan membuat breakawaynya dan terus dan terus mendaki diikuti oleh Sudin. Double track dan rideable all the way up. Ada loose gravel dan crusher run yang membuatkan Maxxis, Kenda dan sebagainya akan terkucil tergelincir. Ada sedikit lumpur hasil dari aliran air yang melintasi trail.

Ada section yang shaded dan open. Mie dan Sudin ternyata gagal lagi dan kecundang ditempat yang sama....”rasenya kena buang batu tu sikit biar senang kayuh...” cadangan dari Mie semasa rehat.

Sessi downhill berjalan dengan lancar dengan hidangan ramp yang aku dan Mie bina semasa trail clearing tempoh hari. Kayuhan tergugat sedikit kerana disergah oleh penghuni trail tersebut – Sekawan Babi hutan. Mujur ianya downhill kami terus....pecut sesekali terpaksa berhenti bilamana akar semak tersangkut pada RD dan FD. Memang kami maklum tentang tempat ini kerana kesan-kesannya ada disepanjang trail ini cuma kali ini rezeki kami.

Keluar je dari off road kami terus berkayuh road menuju RV. Mie terus berkayuh secara konsisten 30 – 35km/h dengan aku mengekori Sudin dari belakang. Rentak kayuhan kami agak perlahan dalam 25km/h. Akhirnya aku kecundang bilamana tidak lagi mampu mengekori Sudin yang terus meninggalkan aku tanpa menoleh kebelakang lagi.

Secara keseluruhannya total jarak kayuhan adalah 27km dalam masa lebih kurang 3 jam tetapi.....berbaloi.