Friday, March 12, 2010

Sepang Mountain Bikerz “playground”




27hb Februari 2010, Sabtu. Kayuhan kali ini bukan lagi tertumpu kepada off road climbing sahaja tetapi kombinasi road dan off road climbing. RV kali ini di Taman Tasik Sepang berhampiran dengan De Palma Inn. Sudin berkayuh dari rumah (lebih kurang 8km je...perpeluh gak). Keluar je dari RV terus mendaki road dan selepas tu laluan landai dengan sedikit menurun. Bacaan Cateye speedo menunjukkan anggaran 27 – 30km, sesekali jejak 35km. Mie telah pun membuat breakawaynya meninggalkan aku dan Sudin dan terus solo didepan dengan rentak kayuhan yang konsisten yang tak mampu aku ikut. Fungsi Sudin lebih kepada cuba mengekalkan rentak dan kelajuan kayuhan aku dan sesekali “cucuk” aku dari belakang.

Sampai di CP1 setelah 8km kayuhan road kami menyusuri off road climbing ke puncak Bukit 2 Pemancar yang telah botak. Jalan tanah merah yang lebar tetapi kesan terjahan tayar 4WD menyukarkan pendakian....rideable, pendek tapi pacak tetapi tidak lancar. Tiada siapa yang mampu mendaki terus ke first corner dengan sekali henjutan.

Dipuncak relaks sekejap sebelum sesi downhill yang agak panjang juga. Kalau full-sus ni memang sedap kerana ada section yang keras dengan batu kerikil. Hentakan dan lantunan tadi telah meninggalkan kesan kepada perut kami so di pekan kecil Jenderam yang sebelum ni menjadi RV kami menjadi CP2 pula untuk kami berehat dan mengalas perut. Anggaran 1 jam dan jarak 2km untuk sesi pertama off road climbing tadi.

Seterusnya kami meneruskan pula dengan 7km road, kelajuan diantara 25 – 30km, mungkin untuk menyimpan tenaga untuk sesi kedua off road climbing yang dah biasa tetapi masih belum dapat ditakluki sepenuhnya walaupun telah beberapa kali mencuba...inilah “playground” yang dimaksudkan.

Entrance nya selepas 50m dari trafik light dan sedikit tarmac disambut oleh pokok jambu yang tumbang dan melintang di permulaan trail. Expert rider biasanya punggungnya akan berada cuma beberapa mm je dari tayar belakang bagi melepasi halangan ini. Aku tak lepas la...beg Camelbak sangkut.

Seperti biasa Mie akan membuat breakawaynya dan terus dan terus mendaki diikuti oleh Sudin. Double track dan rideable all the way up. Ada loose gravel dan crusher run yang membuatkan Maxxis, Kenda dan sebagainya akan terkucil tergelincir. Ada sedikit lumpur hasil dari aliran air yang melintasi trail.

Ada section yang shaded dan open. Mie dan Sudin ternyata gagal lagi dan kecundang ditempat yang sama....”rasenya kena buang batu tu sikit biar senang kayuh...” cadangan dari Mie semasa rehat.

Sessi downhill berjalan dengan lancar dengan hidangan ramp yang aku dan Mie bina semasa trail clearing tempoh hari. Kayuhan tergugat sedikit kerana disergah oleh penghuni trail tersebut – Sekawan Babi hutan. Mujur ianya downhill kami terus....pecut sesekali terpaksa berhenti bilamana akar semak tersangkut pada RD dan FD. Memang kami maklum tentang tempat ini kerana kesan-kesannya ada disepanjang trail ini cuma kali ini rezeki kami.

Keluar je dari off road kami terus berkayuh road menuju RV. Mie terus berkayuh secara konsisten 30 – 35km/h dengan aku mengekori Sudin dari belakang. Rentak kayuhan kami agak perlahan dalam 25km/h. Akhirnya aku kecundang bilamana tidak lagi mampu mengekori Sudin yang terus meninggalkan aku tanpa menoleh kebelakang lagi.

Secara keseluruhannya total jarak kayuhan adalah 27km dalam masa lebih kurang 3 jam tetapi.....berbaloi.


No comments:

Post a Comment